Syllabus Terkini Diploma Sains UiTM berdasarkan OBE 2012
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Kali ini cik tom nak kongsikan serba sedikit maklumat mengenai kursus diploma sains dan juga syllabus terkini bagi code OBE yang baru atas permintaan pelawat blog cik tom. Terima kasih kepada Ketua Pusat Pengajian Sains UiTM Kuala Pilah (Beting) Negeri Sembilan, Dr. Mohd Zuli Jaafar yang sudi bagi cik tom softcopy gambar syllabus terkini Diploma Sains UiTM berdasarkan OBE 2012 untuk dipaparkan di blog ciktom.com.
Jika sebelum ini cik tom ada kongsikan Senarai Subjek atau Syllabus Diploma Sains UiTM (AS120) ialah bagi COHORT lama. Bermula dari sesi pengambilan Mei 2010, UiTM telah perkenalkan sistem pelan pengajian baru berdasar OBE iaitu Outcome Based Education. InsyaAllah detail mengenai OBE ini akan cik tom ceritakan dalam entry akan datang. Cik tom kongsikan maklumat baru program Diploma Sains berdasarkan OBE iaitu;
RINGKASAN PROGRAM DIPLOMA SAINS
Pelajar yang memilih program ini akan didedahkan dengan pembelajaran subjek Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik. Pelajar akan diberi pilihan pada semester 5 untuk menjurus ke bidang akademik atau kerjaya. Pilihan ke aliran akademik lebih menjurus kepada pelajar yang berminat untuk meneruskan pengajian ke peringkat ijazah, sarjana dan doktor falsafah. Bagi yang memilih kerjaya, ia lebih menjurus kepada persediaan pelajar menceburi bidang pekerjaan yang amat kompetitif dan sangat diperlukan oleh negara.
SYARAT KEMASUKAN PROGRAM DIPLOMA SAINS
SPM dengan 5 kredit:
- Bahasa Melayu,
- Matematik/Matematik Tambahan
- Fizik/Biologi
- Kimia
- 1 subjek lain
- DAN lulus Bahasa Inggeris
ATAU
Lulus Pra Diploma Sains (PD008) program UiTM
STRUKTUR KURSUS PROGRAM DIPLOMA SAINS
Kursus ini dijalankan selama 3 tahun atau 6 semester. Tiada industrial training tapi ada projek pada tahun akhir. Kursus ni ditawarkan di UiTM Kampus Jengka (Pahang), Arau (Perlis), Kuala Pilah (Negeri Sembilan) dan juga mana-mana kolej bersekutu dengan UiTM.
PROSPEK KERJAYA PROGRAM DIPLOMA SAINS
Pelajar program Diploma Sains boleh melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah dalam bidang-bidang khusus seperti Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik. Pelajar juga boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dalam bidang Perubatan, Pergigian, Teknologi Makmal Perubatan, Farmasi, Sains Kesihatan, Teknologi Marin, Kimia Gunaan, Mikrobiologi, dan sebagainya.
Selepas tamat pengajian, pelajar boleh berkhidmat sebagai doktor perubatan, ahli farmasi, pegawai sains, jurutera, ahli kaji bumi, pensyarah, guru mengikut bidang pengajian masing-masing dan boleh berkhidmat di sektor awam mahupun swasta.
ANTARA SUBJEK YANG AKAN DIPELAJARI/ CARTA ALIR PROGRAM DIPLOMA SAINS:

Diharap perkongsian cik tom ni memberi manfaat kepada yang berminat untuk sambung diploma sains tapi masih terasa ragu-ragu untuk buat pilihan. Kalau masih keliru buatlah solat isthikarah minta petunjuk mana yang terbaik. Good Luck!
Antara artikel cik tom mengenai Diploma Sains UiTM (AS120) sebelum ini;
1. Review: Kursus Diploma Sains UiTM (AS 120)
2. Senarai Subjek atau Syllabus Diploma Sains UiTM (AS120)– COHORT LAMA
3. Fast Track Diploma Sains UiTM (AS120)
Sharing is caring
tak mampu nak stdy lagi ciktom.hehheee
ramai ckp xmampu nak study lagi..ciktom plan nak smbg study lg..hehe
eii malaslah nak study huhu..hok mikir wang tak ckup hbis byr lagi hurm…
hehe..entry ini untuk perkongsian adik-adik yang nak sambung belajar diploma sains..
masa muda masa mengejar ilmu..rugi klu sia2kan begtu sahaja..
skang still muda lagi..xsalah nak menuntut ilmu bila2 masa pun..usia xmenjadi penghalang..
Memang kena hati2 buat pilihan tu
Kalau silap pilih, payah jadinya nanti
yup betul tue..kena buat pilihan yang betul..
nie kos kita.. hehe terbaikk.. !
student diploma sains ye..belajar rajin2.
tak minat belajar dahh. haha..
entry ini untuk yang minat belajar je…pi main jauh2..huhu
kalau sambung diploma better sampai degree terus….diploma boleh kira basic jugak la…
yup betul tue..kalau amik diploma sains better futher degree terus..lebih terjamin.
assalam,
saya nak tanya..
saya skrg dalam sem 2..sem depan sem 3. Kiranya saya dapat fast track ke degree..adakah maksudnya saya kena tunggu sampai bulan march tahun depan? memandangkan jadual degree sesi pertama clash dengan diploma sem3. sesi kedua degree bulan march tahun depan.
harap dapat merungkai kekeliruan saya
[ mhc04007@yahoo.com ]
sori cik tom xpasti..tp kl kira logik mmg kl dpt fast track degree mmg adik kena tunggu intake degree seterusnya pada bulan march..sbb pengambilan intake degree n diploma dah berlainan sekarang..4 futher information try tanya ketua program..
salam ciktom, nk tumpang tnye, lepas diploma sains ni,ape course nk sambung Ijazah plak ye?
boleh futher pelbagai course depend pada result..contoh applied chemistry, pure chemistry, biology, environmental, biomolecule, pharmacy, dentistry, medic n other critical course..besides that, boleh futher juga luar dr bidang sains cam math, law, office management, tesl dll..
Assalamualaikum cik tom..nk tanya pendapat ni, kalau dapat diploma sains n matrikulasi sains better yang mana satu ye? Result saya tak sehebat mana that’s why saya minat sangat diploma sains ni, nanti bila degree boleh sambung farmasi etc.
wslm..kedua2nya bagus..sebenarnya mana satu yang terbaik terletak pada adik sendiri..setakat mana keupayaan adik untuk belajar??jika adik memang seorang yg rajin n cepat belajar, cik tom sarankan study matrikulasi yg mana lg jimat tempoh masa utk belajar..tapi sekiranya adik kurang yakin boleh futher diploma..diploma sains tinggi peluang sambung farmasi..malah kawan cik tom sendiri memang futher degree farmasi dari diploma sains..semuany terletak pada adik..kl masih ragu2 buat solat isthikarah mn pilihan yg terbaik.
terima kasih ciktom !.. saya dah bersemangat nak masuk dip sain di uitm jengka 2jun nanti.. kalau degree nanti saya nak ambil farmasi agak2 berapa tahun ya?
degree farmasi 4 tahun sbb diploma sains n degee farmasi xde byk sm crs so xde dpt byk sgt pengecualian jam kredit..
salam cik tom, sy nk tanye
kalau mcm sy, cite2 nk jadi arkitek tp skrang
sy dapat twran diploma sains dan matriks sains.
so, pd pendapat akak, yg mne patut sy pilih.
lau diploma sains ni, blh ke smbg degree archi?
ataupun, sy mmg dah takde harapan nk jd arkitek?
trima kasih krana sudi jwb :))
boleyh…nanti boleyh pilih course laen
orang kate ambik diploma sains ni rugi, yeke???
takde istilah rugi kalau belajar..kalau nadia budak yg pandai dan rajin agak rugi dalam kontek masa belajar diploma sains selama 3 tahun tapi adik boleh habiskan matrik atau asasi dalam masa setahun/ 2 tahun n terus futher ke degree..tp sekiranya adik rs xmampu catch up utk study matrik/ asasi, other choice is diploma..apa2 pun semuanya terletak pada diri sendiri..setakat mana keupayaan adik..
untung apa?? Habis diploma 3 tahun..then degree 2 tahun ja…hehe…
wslm..kedua2nya bagus..sebenarnya mana satu yang terbaik terletak pada adik sendiri..setakat mana keupayaan adik untuk belajar??tp kalau adik smbg diploma sains dan nak futher arkitek agak rugi sbb xsama bidang..sebaiknya adik cuba mohon diploma archi atau smbg matrik sains..tp jika sekiranya adik smbg diploma sains masih boleh futher degree archi sbb ramai senior diploma sains yang futher degree lari dari bidang sains spt law, engineering, office management, IT..so takde masalah sebenarnya selagi pointer yang adik dpt layak utk mohon course tersebut..
kalau sy sambung mbbs drpd diploma sains uitm, dptkh??
yup boleh kalau purata pointer diploma sains 3.8 above..
trima kasih byk2…sgt membantu..=)
sama2..good luck!
assalamualaikum cik tom..
antara matrik sains dan diploma sains,mana satu yang lebih baik..
macam mana pulak dengan kos untuk diploma sains??
harap cik tom dpt memberi pandangan..
terima kasih…
wslm..kedua2nya bagus..sebenarnya mana satu yang terbaik terletak pada adik sendiri..setakat mana keupayaan adik untuk belajar?kalau smbg matrik lg jimat masa iaitu setahun je n terus futher degree tp study kena rajin sbb ms yg limiter…kl diploma 3 tahun tp study santai..kedua2nya ada pro dan kontra..diploma sains ni course yang bagus n adik still ada peluang utk futher mbbs, pharmacy, medic or mana2 critical course..
boleh sambung oversea tak ?
yup boleh sambung..memang ada senior diploma sains yang smbg study oversea..
satu lagi soalan ..
uitm mana yg tawarkan diploma sains ni yeh ?
uitm jengka pahang, uitm kuala pilah, uitm arau
tambah satu lagi uitm sabah ada juga diploma sains…tq tolong jwbkan 🙂
alhamdulillah saya dapat kos sains kat uitm.ada satu je kan kos sains kat uitm,cik tom kan?saya nak futher degree in dentistry nanti.saya baca semua post cik tom berkaitan dgn diploma sains,saya rasa lega sangat ! risau takut kos tu tak boleh futher in dentistry sebab perkataan sains tu mcm umum sangat.risau sangat.thanks for your information,really help.may Allah bless you 🙂
tahniah!yup hanya ada kos diploma sians. jangan risau yang paling penting masa belajar diploma sains ni adik kena target untuk dapat pointer 3.5 above dari semester 1 lagi..jangan leka kalau target adik dentistry..
salam..
saya dpt twrn ke matrik dan dip sains uitm..
sya minat vet..
so,klu amek dip sains bley x smbong ijazah sarjana muda sains veterinar kat UMK?
sokln 2..U mna lagi yg bley apply medic selain UITM untk wat degree yg gna kelayakan dip sains UITM?
boleyh je…tetapi pointer pun kene tinggi la…
wslm..boleh..diploma sains ni course yang diperakukan oleh jpa..so kalau adik capai syarat minimun n mohon ijazah sarjana muda sains veterinar kat UMK, adik akan dpt smbg belajar kt sn..ramai pelajar2 diploma sains ni futher degree di universiti lain selain uitm..so xjadi masalah utk futher jika sekiranya syarat utama pointer adik bagus.
utk soalan ke 2, mana2 u yang tawarkan medic boleh adik apply guna kelayakan diploma sains uitm. malah ada senior diploma sains uitm yang futher medic di indonesia.
terima kasih Cik Tom…..kerana membuatkan saye tak sabar2 nak mendaftarkan diri pada 2 june ini!!!!hehehehehe
sama2..good luck ye!study rajin2 🙂
sy msih kliru dlm mmilih utk smbg bljr di mtriks phang atau dplma sc uitm?? utk jd sowg doctor kne dpt 4 flat k n blehkn smbg belajar k oversea?? sbnrnya kn dplma sc 3 thn lma ke tidak??? dalam 1 sem brape bln???
cik tom dapat info kalau adik smbg matrik mesti dpt 4 flat utk smbg medic..tp kl diploma sains 3.8 dh blh smbg medic..tempoh pgajian diploma sains ialah 3 tahun..1 sem dalam 5 bulan..
boleh x saye nk tukar course dari diploma pengurusan bank ke diploma sains..tapi spm saye xde subjek sains tulen..
rasanya sukar sbb awak xpernah amik subjek sains tulen..syarat utama kemasukan mesti amik sains tulen masa spm..tp boleh cuba kalau betul2 berminat..
salam cik tom….bley x sy nak tahu silibus @struktur program ijazah fisioterapi di uitm? puas sy cari tapi x jumpe…kalau ade link boleh bg sy x? sy berminat nak sambung fisioterapi….skang sy sem 5 dip sains uitm…
sorry..ciktom xde untuk silibua ijazah fisioterapi.suggestion ciktom cuba call uitm shah alam n minta no extension ketua program ijazah fisioterapi n minta silibus..
As Salam. Cik Tom. Ermm mengenai tempat yang ditawarkan kursus Diploma Sains ni, kalau tak silap saya, Sabah & Sarawak pun ada. Sebab kawan saya ada yang Dip.Sains Sabah & Sarawak. Mula-mula saya pun terkejut sebab yang saya tahu (di-inform) Dip.Sains ada dekat Arau, Pilah & Jengka je. Tapi tu lah, jangan lupa Sabah & Sarawak. Di sana pun ada ditawarkan kursus Diploma Sains (AS120) ;]
wslm..ciktom xsempat nak edit lagi tapi memang betul pun diploma sains ada juga di uitm sabah…thanks ye remind 🙂
thanx ciktom 4 the information.. after diploma, if luckier enough to further studies in mbbs, how long will it takes then??
ur welcome..im not really sure..but maybe 5 or 6 years..
owh.. mcm tu.. 🙂
ciktom,, ada tak buku rujukan yg ciktom boleh cdgkan untuk study diploma sains ni? 🙂
banyak..antaranya boleh guna buku raymond chang utk chemistry..yg lain ciktom dah lupa..tp dun worry usually lecturer will inform/ recommend student about references books in the 1st lecture class..
i c.. thnx.. i’ll keep that info in mind.. 🙂
your welcome n good luck!
Assalamualaikum cik tom,pra sains ditawarkan dimana?Apakah subjeknya?
wslm..setakat yang cik tom tahu ditawarkan di uitm kuala pilah, negeri sembilan dan juga uitm jengka, pahang..subjeknya hanya kimia, fizik, biologi, math n subjek agama..
Oh,terima kasih cik tom.Doakan saya mendapat keputusan cemerlang.Kalau ambil pra diploma sains boleh jadi doktor x?
yup insyaAllah doakan zakiah cemerlang..boleh jd doktor kalau adik dr pra diploma futher ke diploma sains..nanti dr diploma sains dptkan result yg bagusn utk futher medic..
salam. sy ade dapat tawaran dip sains, tapi dekat polytechmara. sama juga ke mcm uitm? boleh tak kalau buat dip sains, deg nanti buat undang2?
sama je kalau polytechmara tue kolej bersekutu dengan uitm..kalau diploma sains blh je futher law sbb mmg ada kwn cik tom yg smbg degree law..